Terma Perkhidmatan
Dikemas kini: 28 Oktober 2026 · Dikendalikan oleh MAKMUR EVENT & MULTIMEDIA PRODUCTION (002862261-M)
Tularkan (tularkan.my) dikendalikan oleh MAKMUR EVENT & MULTIMEDIA PRODUCTION (002862261-M). Dengan menggunakan Tularkan, anda bersetuju dengan terma ini. Jika tidak bersetuju, sila jangan gunakan perkhidmatan.
1. Perkhidmatan
Tularkan menggunakan AI untuk menjana cadangan skrip dan kandungan media sosial. Output dijana secara automatik dan mungkin mengandungi kesilapan. Anda bertanggungjawab menyemak, menyunting dan memastikan ketepatan setiap kandungan sebelum disiarkan.
2. Akaun
Anda mesti memberi maklumat yang benar semasa pendaftaran dan menjaga kerahsiaan password anda. Satu akaun untuk seorang pengguna.
3. Kredit dan bayaran
Bayaran diproses oleh Bayarcash melalui FPX online banking atau DuitNow QR. Pas Pro dibayar sekali dan tidak diperbaharui secara automatik. Kuota bulanan diperbaharui setiap 30 hari sepanjang pas aktif dan kuota yang tidak digunakan tidak dibawa ke kitaran seterusnya. Kredit top-up tidak luput. Mod Standard menggunakan 1 kredit dan mod Premium 2 kredit bagi setiap skrip untuk satu platform. Kredit dipulangkan secara automatik jika penjanaan gagal. Bayaran yang telah berjaya tidak boleh dikembalikan kecuali dikehendaki oleh undang-undang.
4. Program Referral
Pengguna yang berdaftar boleh berkongsi link referral peribadi. Rakan yang mendaftar melalui link tersebut menerima 10 kredit bonus. Pengajak menerima komisen 20% daripada nilai setiap pembelian yang berjaya oleh rakan tersebut dalam tempoh 12 bulan selepas rakan mendaftar.
Komisen dipegang selama 7 hari selepas pembelian dan hanya dibayar apabila baki yang boleh dikeluarkan mencapai RM50.00. Bayaran dibuat secara manual ke akaun bank atau e-wallet yang anda daftarkan; anda bertanggungjawab memastikan butiran tersebut betul. Rujukan sendiri, akaun palsu, spam, iklan yang mengelirukan atau sebarang manipulasi adalah dilarang, dan komisen yang berkaitan dengan bayaran balik, chargeback atau penipuan boleh dibatalkan. Kami berhak mengubah atau menamatkan program ini dengan notis di laman web; komisen yang telah layak sebelum perubahan akan tetap dibayar.
5. Penggunaan yang dilarang
Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan untuk kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia, mengelirukan pengguna, membuat dakwaan kesihatan yang tidak dibenarkan, melanggar hak cipta atau dasar platform media sosial, atau untuk menyalahgunakan sistem (contohnya akaun palsu untuk kredit percuma).
6. Hak milik kandungan
Kandungan yang anda jana adalah milik anda untuk digunakan. Anda bertanggungjawab ke atas cara kandungan itu digunakan dan disiarkan.
7. Penamatan
Kami boleh menggantung atau menutup akaun yang melanggar terma ini.
8. Hubungi kami
MAKMUR EVENT & MULTIMEDIA PRODUCTION (002862261-M)
Emel: hello@tularkan.my