← Tularkan

Notis Privasi

Dikemas kini: 28 Oktober 2026 · Dikendalikan oleh MAKMUR EVENT & MULTIMEDIA PRODUCTION (002862261-M)

Notis ini menerangkan bagaimana MAKMUR EVENT & MULTIMEDIA PRODUCTION (002862261-M), pengendali Tularkan, mengumpul dan menggunakan data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Data yang kami kumpul

Nama, emel, gambar profil Google (jika log masuk dengan Google), nombor telefon/WhatsApp (pilihan), sumber anda mengetahui tentang kami (pilihan), input yang anda masukkan ke penjana (link produk, screenshot, topik, info bisnes, brand voice), output yang dijana, rekod pembayaran (kami tidak menyimpan butiran perbankan kad atau akaun pembayar), dan bagi peserta Program Referral, butiran akaun bank untuk bayaran komisen.

Tujuan

Untuk menyediakan perkhidmatan, memproses bayaran dan komisen referral, sokongan pelanggan, keselamatan akaun dan menambah baik produk.

Pihak ketiga

Input penjanaan dihantar kepada penyedia model AI untuk diproses. Bayaran diproses oleh Bayarcash. Log masuk dengan Google diproses oleh Google. Emel transaksi dihantar melalui penyedia emel. Kami tidak menjual data peribadi anda.

Data daripada Google

Jika anda log masuk dengan Google, kami hanya menerima nama, alamat emel dan gambar profil akaun Google anda. Data ini digunakan untuk mencipta dan mengenal pasti akaun anda, dan disimpan selagi akaun anda wujud. Kami tidak mengakses data lain dalam akaun Google anda dan tidak menjualnya. Nama dan emel hanya dikongsi seperti yang diterangkan di atas, contohnya kepada Bayarcash untuk resit pembayaran. Anda boleh membatalkan akses melalui tetapan akaun Google anda pada bila-bila masa.

Hak anda

Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data anda dengan menghubungi hello@tularkan.my.